My Bannerz

Thursday 16 February 2012

Ya Allah,,Aku bersyukur padaMu

Assalamualaikum..


Syukur Alhamdulillah, Allah tidak sia2kan doa kami sekeluarga..untuk bawa mama, abah n adik2 menjd tetamu Allah..
mereka akan menunaikan umrah tidak lama lagi..
Pada 8 March 2012 keluargaku akan berangkat untuk menunaikan umrah..Tidak di nafikan bahawa aku amat sedih kerana aku tidak berpeluang untuk ikut sekali sebab aku ada exam..kalau tidak aku dah ikut..
Kalau nak di ikutkan hati aku lah yang paling nak ikut.. sebab aku nak menjadi salah satu tetamu Allah disana..aku nak berdoa padaNya, 



Ya Allah...aku umat yang tidak lekang dari dosa.. KAu ampunkanlah dosa2ku... Kau sucikanlah hatiku ini, kau lapangkan dadaku ini, Kau berilah petunjuk dan hidayah kepada aku, Kau terangilah hatiku sebagaimana Kau terangi langit dan bumi ini dengan sinar mentariMu..
Ya Allah, Kau pertemukanlah jodohku dengan org2 yg beriman, bertaqwa kepadaMu, Biarlah jodohku menyintai dan menyayangiMu lebih dariku, Jika lelaki yang kini adalah jodohku, kau satukanlah hati kami berdua dengan ikatan yang suci lagi halal, Ya Allah, Kau bimbinglah diri kami ini, Ya Allah agar tidak terpesong dari agama, terlalu mengikut nafsu serta tergoda dari godaan syaitan.. 
Ya Allah,Kau sihatkanlah aku dan keluargaku serta orang2 yang kusayangi, Kau panjangkan umur kami, serta kau tetapkanlah iman didada kami..Kau jadikan kami keluarga yang soleh serta solehah, keluarga yang bahagia. Kau murahkan rezeki kami, Ya Alllah Ya Rabbi Ya Karim.. Kau permudahkan segala urusan kami, Ya Allah. Kau jadikanlah aku anak yang solehah, anak yang mendengar kata ibubapa..Kau jadikan aku pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat sama ada dalam akademik serta dalam bidang agama..
Ya Allah, kau tenangkan hatiku ini dengan setiap kegelisahan serta kerisauan yang ada di dadaku ini..Kau jauhilah hatiku ini dengan hasad dengki, dendam dan sikap2 yang tidak baik..Amin...
Ya Allah, Aku amat menyayangi diri ini serta keluargaku walaupun aku tidak tunjukkannya,, hanya Kau sahaja yang tahu,, Ya Allah.

Kau kabulkanlah doa ku ini Ya Allah walaupun aku tidak menjadi salah satu dari tetamuMu buat masa terdekat iini..Amin..



This is my lovely family that i have..
Love them so so so much..

No comments:

Post a Comment